Pada suatu ketika Khalifah Harun Al-Rashid memanggil sembilan orang menterinya mengadap baginda. Kesemua mereka diberikan sebiji telur ayam setiap seorang. Baginda lalu bertitah bahawa sesiapa yang dapat menegakkan telur itu akan dinaikkan pangkat dan yang gagal akan dilucutkan jawatannya.
Kesemua orang menteri tersebut masing-masing mencuba menegakkan telur ayam tersebut dengan menggunakan berbagai kaedah, tetepi kesemuanya gagal. Akhirnya mereka sependapat mengatakan bahawa titah Khalifah tidak perlu dilaksanakan kerana Khalifah sudah gila dan diantara mereka berkata "manakan boleh telur ayam tegak dengan sendirinya".
Apabila kesemua menteri gagal, Khalifah menitahkan agar Abu Nawas menyelesaikan perkara ini. Jika Abu Nawas gagal, beliau akan dibunuh. Abu Nawas dengan tersenyum mengambil sebiji telur ayam dari Khalifah dan mengetuk hujungnya hingga pecah sedikit telur tersebut lalu meletakkannya dalam keadaan tegak. Melihat tindakan Abu nawas ini, kesemua menteri metertawakan Abu Nawas dan mengatakan "matilah engkau wahai Abu Nawas".
Melihat telur ayam itu tegak, Khalifah betitah "Abu Nawas, kamu memang orang yang bijak tidak macam meneteri-menteri beta". Tindakan Khalifah ini mendapat tentangan daripada kesemua menteri tersebut dan ada yang mengatakan begini:-
i. "Kalau macam itu saya pun tahu"
ii. "Kalau macam itu saya pun boleh buat"
iii. "Memang itulah idea saya, tapi dia buat dulu"
iv. "Abu nawas memang jahat kerana berani memecahkan telur di hadapan Khalifah"
Khalifah dengan marahnya bertitah bahawa kesemua meteri tersebut akan dilucutkan jawannya kerana melakukan 3 kesalahan iaitu:-
i. Bodoh kerana tidak dapat menyelesai masalah semudah itu.
ii. Pemalas untuk berfikir menyelesaikan masalah
iii. Jahat kerana berani menipu Khalifah dengan mengatakan mereka tahu, sedangkan jika mereka tahu mengapa tidak buat.
iv. Penakut. Jika mereka berani mengapa dihadapan Khalifah memecah hujung telur pun tak berani, bagaimana pula nakmempertahankan negara.
Pengajaran
Terdapat 1,001 pengajaran yang perlu di bincangkan. Fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan