Syukur Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah yang menjadikan segala perkara baharu. Manusia hanya merancang dan hanya Allah yang menentukan dan yang menjadikan. Anakku…teruskan amalan yang Abah dah ajarkan… Solah jangan tinggal, patuh kepada ibu bapa dan usaha… Insya Allah kejayaan yang lebih besar menunggu dihadapan. Jauhi daripada ‘Istidradh’.
Perjalanan Sebuah Kejayaan
Ya Allah, Berikan hidupku, ibu bapaku serta seluruh keluargaku mendapat kesenangan didunia dan kesenangan serta kebaikan diakhirat...Amin
Ahad, 23 Oktober 2011
HARI YANG PALING GEMBIRA KE TIGA
Isnin, 8 Ogos 2011
PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN DAH BERBUAH
Alhamdulillah…Putik ‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ telah mula berbuah kejayaan. Tiada ucapan mengatasi Alhamdulillah… Kejayaan ini juga merupakan ujian daripada Allah terhadap hambanya.
Kejayaan pertama ‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ ialah kejayaan putera sulung kami ‘MUHAMMAD FIRDAUS’ atau ‘AUH’ atau ‘ITOS’ telah lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari UiTM. Insya Allah beliau akan meneruskan pelajaran dan menyelesaikan ‘Chambering’ untuk melayakkan menjadi seorang peguam.

AUH putera sulung PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN
‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ juga menambahkan putiknya apabila putera kedua kami ‘MUHAMMAD FAIZ’ atau ‘AIZ’ baru mendapat tempat untuk menyambung pelajaran Ijazah sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UiTM yang akan bermula pada 06 September ini.
AIZ bersama teman sebilik, sekuliah, sama jurusan dan sama 'datuk dan nenek' (sepupu) ketika di Pre-Medic, UiTM. Sepupunya Fawzan kini pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan di USM, Kubang Kerian
Gambar bawah: AIZ tenang ketika study
Putera kami ke tiga ‘MUHAMMAD FAHMI’ atau ‘AMI’ pula mendapat 9A dalam peperiksaan PMR musim lalu dan akan berhadapan dengan peperiksaan SMA pada tahun ini. Hasratnya ingin menyamai rekod kakak Dilla dengan mendapat kelulusan 10A1. Kini AMI dalam aliran sains, tetapi target utama ialah menjadi seorang Al Hafiz.
MUHAMMAD FARHAN atau ‘AAN’ pula akan menempuh peperiksaan PMR pada tahun ini. Target utama nya ialah mencapai keputusan yang terbaik di semua peringkat.
Disamping kejayaan putera-putera, puteri-puteri kami pula masih meneruskan perjalanan sebuah kejayaan ini. NUR FARAHAYN atau ‘PAYAH’ dalam jurusan Ekonomi di UIAM baru memasuki tahun dua setelah 2 tahun Pra-U di UIAM, Nilai.
Puteri kedua NUR FADHILAH atau ‘DILLA’ akan memasuki tahun tiga Ijazah sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di University Al-Azhar, Cairo. Alhamdulillah keputusan tahun pertama lulus dengan Jayyid Jiddan(Sangat Baik) menyebabkan beliau mendapat meneruskan pengajian dengan tajaan MARA. Insya Allah keputusan peperiksaan tahun kedua dan seterusnya akan mendapat MUMTAZ(Cemerlang).
Dilla(tengah) bersama rakan sekuliah di University Al Azhar
Seterusnya puteri bongsu kami NURUL FAIZAH atau ‘IJAH’ atau ‘Ayang’ akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini. Insya Allah keputusan peperiksaannya akan menyamai kekanda-kekandanya iaitu mendapat 5A.
Dengan usaha putera & puteri ini serta berkat doa ibu bapa dan keluarga dan rahmat dari Allah swt, PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN akan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Isnin, 11 Julai 2011
RUMAH UNTUK DI JUAL
Jenis Rumah : Rumah Teres 2 Tingkat (Tengah)
4 Bilik tidur & 3 Bilik Air
Keluasan : 1,400 kaki persegi
Lokasi : Jalan u2/25, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Berhampiran dengan Stadium Shah Alam
Berdekatan dengan Politeknik Shah Alam
Tahun Siap Buat : 1994
Harga : RM350,000.00
Tel : 013 - 984 4504 / 012 - 9538 955
Rabu, 15 September 2010
HARI RAYA IDUL FITR TAHUN 1431H
Ahad, 13 Disember 2009
NASI BUKHARI ISKANDARIAH
Nasi kegemaran saya sekeluarga
Selepas menikmati Nasi Bukhari bersama Dr. Abd. Wahab Ismail (CEO Ingress Corp) dan isteri serta Pak Wan (Pengarah Ad Deen Tours & Travels Sdn. Bhd.) di Madinah pada tahun 2008.
Selamat mencuba...
Ahad, 6 Disember 2009
Ubat Penyakit Osteothritis
Bulan Haji baru berlalu,Kenangan di Baitullah begitu syahdu,
Sesuatu keajaiban berlaku padaku,
Namun tak ramai orang yang tahu.
Apa sahaja boleh berlaku,
Tanda kebesaran Allah yang satu,
Penyakit osteoarthritis hilang begitu,
Berkat doa dan keikhlasan yang jitu.
Wahai sahabat dengar pesanku,
Di Tanah Suci semua dah tahu,
Apa dipohon pasti berlaku,
Syarat utama taatkan ibu.

Kira-kira 3 1/2 tahun lalu saya mengidap penyakit osteoarthritis. Doktor pakar Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan saya megidap penyakit ini. Kemudian saya merujuk kes ini kepada Dr. Jamal, Ketua Doktor Pakar, Hospital Besar, Kuala Lumpur. Menurut doktor, ‘Ostheoarthritis’ ialah sejenis penyakit sendi akibat kekeringan lendir pada penyambung lutut saya. Penyakit ini tiada ubatnya. Lendir yang kering tiada penggantinya, tetapi boleh dirawat dengan cara suntikan atau menambah besi pada sendi yang terlibat. Namun begitu atas nasihat doktor saya banyak mengambil ‘suppliment food’ iaitu Donna, Artril dan Consulf.
Akibat dari penyakit ini saya mengalami kesakitan dalam melakukan apa sahaja pergerakan yang melibatkan lutut kerana berlaku pergeseran antara 2 sendi. Perasaan sakit amat terasa pada setiap masa terutama ketika menunaikan solat. Setiap pegerakan mulai sukar sehinggakan terfikir dikepala saya bahawa tidak lama lagi saya akan menjadi pengguna kerusi roda yang bertauliah.
Diantara suppliment food' yang saya ambil sebelum ini

Selasa, 3 November 2009
Jawapan Berhubung Konsep Dan Hukum MLM
Contoh 2: Ahmad mengeluarkan sejenis minuman jenama ‘Lazat’. Untuk tujuan promosi, Ahmad tidak gunakan radio, TV atau surat khabar sebagai agen pengiklanan kerana bayaran yang mahal dan tidak tertanggung olehnya. Sebagai alternatif, Ahmad melantik Busu sebagai egen pengiklanan minuman ‘Lazat’ tadi. Busu memperkenalkan minuman ‘Lazat’ kepada Ali dan Muthu. Apabila Ali dan Muthu membeli dan menggunakan minuman tersebut, maka Syarikat Ahmad membayar bonus kepada Busu. Kemudian Ali dan Muthu pula mengiklankan kepada rakan-rakannya hingga berkembang membentuk piramid. Kesemua yang terlibat diberi bonus atas tugas sebagai pengiklanan tersebut.
Kedua-dua contoh diatas menunjukkan berlakunya sistem piramid, tetapi sah disisi undang-undang Malaysia kerana ia melibatkan kerja atau perniagaan. Apabila sistem ini berkembang, ia akan membentuk ‘Multy Level’. Mengikut Akta Jualan Langsung 1993, perniagaan yang melibatkan barangan seunit kurang dari RM50.00 tidak perlu lessen AJL dan tidak terikat dengan akta tersebut.
Konsep piramid yang salah disisi undang-undang Malaysia(Akta Jualan Langsung) ialah piramid yang wujudnya ‘head hunting’. Head hunting bermakna ‘memburu kepala’ atau dapat taja orang bawah(down line), maka dapat duit tanpa berlaku sebarang perniagaan.
(SAYA SEKALI LAGI MOHON JUTAAN MAAF KEPADA SEMUA KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN JANJI MENYAMBUNG TAJUK INI MENGIKUT YANG DIJANJIKAN. WALAU PUN ADA SEBAB DAN ALASAN TETAPI KESEMUA ITU ADALAH KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI.)
Mengenai perniagaan 'island red cafe', dari segi undang-undang Malaysia, saya tak nampak ada kesalahan sekiranya syarikat tersebut mematuhi perkara berikut:-
i) mempunyai lesen AJL 1993 yang sah
ii) ada barang untuk di jual-beli
iii) tidak berlaku head hunting
iv) memenuhi tepoh10 hari bertenang (bagi urusan membeli barang bernilai lebih RM300/=, pelanggan tidak boleh membuat sebarang bayaran dlm tempoh 10 hari).
Dari segi hukum Islam, saya mita maaf dan tak berani menghukumkan halal atau haram. Ini kerana ada Ulama' yang mengatakan MLM itu sendiri haram dan ada yang kata halal. Wallahu wa'lam...
Rabu, 14 Oktober 2009
Taman Mini Bayangan Taman-taman Syurga
Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
Bagi saya walaupun rumah kecil tetapi kewujudan taman mini dengan dihiasi air terjun, ikan-ikan berwarna warni dan bunga-bungaan sangat penting. Bagi saya rumah yang tidak bertaman nampk lesu dan tiadak bermaya. Suasana ini menggambarkan kelesuan isi rumah tersebut.
Taman mini ini saya bina bukan sahaja sebagai tempat bersantai tetapi juga muhasabah diri dan mengingatkan saya tentang kebesaran Allah. Kalaulah taman ini indah, jauh berjuta-juta kali ganda indahnya Taman-taman di Syurga. Maha Agong Allah Taala tuhan semaster alam yang memiliki segala keindahan dan keseluruhan alam maya ini.
Khamis, 24 September 2009
Kasih Ibu Kandung Sehingga Mati
Ibu kandung yang beriman adalah manusia terpenting dalam dunia ini. Jasanya membesarkan dan mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna tiada tolok bandingnya dan tiada balasan yang setimpal dengannya melainkan daripada Allah sbt sahaja. Bagi ibu kandung yang beriman, biar tak makan asalkan anak-anak kenyang, biar susah asalkan anak-anak senang dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tergadai nyawa sendiri. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu kandung kepada anak-anak sehingalah melayakkan kedudukan Syurga bagi anak-anak ialah dibawah tapak kaki ibu.
Sebab itulah Allah mewajibkan semua anak-anak tidak kira umur wajib taat dan patuh kepada ibu kandung sehinggalah keakhir hayat mereka. Banyak panduan dan pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah mengenai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat anak-anak adalah bergantung kepada ibu kandung.
Bagiku ibu kandungku (Gambar Diatas) menepati kesemua ciri-ciri yang tersebut diatas malah lebih daripada itu. Sejak kecil aku dilahirkan dengan mengidapi penyakit lelah yang sangt teruk. Ketika itu ubat-ubat dan sistem perubatan belum secanggih sekarang. Yang ada hanya ubat pil bertanda ‘E’ yang dibeli dikedai runcit. Ubat hospital makan berlori-lori pun tidak memberi sebarang kesan. Hampir setiap hari aku lelah dan tidur tak pernah berbantal seperti orang lain melainkan bersandar pada kerusi malas. 1001 usaha berubat telah dibuat dengan bantuan kaum keluargaku yang lain tetapi hampa sahaja.
Rabu, 23 September 2009
Kasihnya Ibu Tiri...
Mak Cik berkhidmat setia kepada ayah kesayanganku. Setiap kali samada siang atau malam beliau menemani ayahku melaksanakan tugas sebagai pendakwah bebas pergi mengajar kemerata tempat Alhamdulillah beliau masih boleh memandu sendiri kereta Mercedeznya untuk pergi mengajar setiap kuliahnya.
Ayah dengan Mak Cik
Kami adek beradik dilayan oleh Mak Cik sama seperti anak-anaknya sendiri. Setiap kali aku dan keluarga pulang, kami bersalaman serta berpeluk-pelukan dan secara tidak disedari adegan ini disusuli dengan linangan air mata masing-masing. Setiap kali pulang ada saja juadah kegemaranku dihidangkan atau dibekalkan untuk dibawa pulang. Waktu malam dirumah ayahku banyak nyamuk maklumlah rumah ini dikelilingi oleh sawah padi. Jadi Mak Ciklah yang jadi ‘tukang gantung kelambu’ dan menyediakan segala kelengkapannya. Mak Cik juga membuat tugas-tugas lain menyerupai tugas ‘ kasihnya ibu kepada anak-anaknya’…
Ahad, 20 September 2009
RUBUK MUJAYYAB - Alat falak lama
Khamis, 17 September 2009
14 September - Hujan Air Mata Di KLIA
"Gambar ini Ibu yang ambil" Kata Kakak Payah.
Babak menyayat hati berlaku dimana-mana di KLIA pada hari ini. Seramai 104 Pelajar yang akan berlepas ke Kaherah pagi ini. Hampir kesemua mereka melalui babak yang sama... kesedihan berpisah dengan kaum keluarga... hujan air mata turun mencurah-curah... pandang kehadapan, kekanan, kekiri, kebelakang, jauh disana sama sahaja adegannya... Hujan air mata di KLIA dah bermula. Dila tak terlepas dari mempelopori adegan ini. Lihatlah... Dila menyorokkan matanya yang dah mula merah sambil mengesat air mata yang mula mencurah.
Adegan bersalaman dan berpelukan sesama keluarga amat sayu, jadi kena cencor. Saat perpisahan sudah bermula. Dila dah masuk sempadan berlepas seorang diri dan hanya ditemani oleh rakan-rakan pelajar lain. Wajah sayu, mata kuyu, nafas tersedu-sedu. Kaum keluarga ditinggalkan begitu... Hujan air mata makin mencurah-curah membasahi KLIA.
Selamat jalan Dila... Selamat tinggal ibu, abah, Abang Auh, Kakak Payah, Ami, Aan, Ijah... Jumpa lagi lain kali itu pun kalau ada umur panjang...
"Ya Allah, janganlah kau jadikan pertemuan ini sebagai pertemuan terakhir bagi kami, panjangkanlah usia kami, sihatkanlah tubuh badan kami, pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang lebih ceria dan bahagia... Amin"
Insya Allah, pada bulan November ini Ibu akan ke Kaherah dan akan bertemu Dila disana.
Pak Long Dila Prof. Madya Dr. Abd. Wahab dan Pak Ngah Ustaz Aini pasti terbayang masa silam jika melayari blog ini. Ini mengingatkan mereka di tahun 1970an. Universiti yang sama tempat menuntut ilmu.
Selasa, 15 September 2009
Kasihnya Ibu 1...
Tapi pada bulan ini nampaknya ada kerja tambahan yang dilakukannya. Setiap hari. Pergi shopping dengan Dilla (Manja). Ada kalanya sehari sampai 3 – 4 kali keluar ke Bandar dan ada sahaja barang baru yang dibelinya. Tak cukup itu, saya juga dibekalkan dengan senarai barangan untuk dibeli.
Disebelah petang pula beliau sebuk memasak dan menyediakan anika jenis juadah untuk berbuka puasa. Setiap hari menu berubah. Minuman kegemarannya tak pernah tinggal iaitu ‘Cocktail’ atau air tebu. ‘Dilla nak makan apa petang ni? Tanya beliau pada Dilla. Setiap apa yang disebut oleh anak itu akan ditunaikan. ‘Nanti di sana makanan ni tak ada…’
Ini adalah diantara pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya. tetapi pada kali ini pengorbanan ini bercampur dengan persediaan rapi untuk pemergian si anak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak…
Ahad, 6 September 2009
Rabu, 26 Ogos 2009
Khamis, 13 Ogos 2009
Mengapa Masih Ramai Orang Melayu Yang Tidak Menyertai Takaful
Mengapa Ramai Orang Melayu Membeli Insuran Konvensional
Mengapa Saya Jadi Perunding Takaful
Keistimewaannya ialah saya dapat menyelesaikan tanggungjawab sosial dengan semua pelanggan dan rangkaian saya. ' Saya buat Ramai yang dapat '.
a) Saya buat - saya dapat:-
i. Dapat pahala menyampaikan ilmu Muamalah Islam
ii. Dapat pahala sedekah jariah yang berpanjangan
iii. Dapat pendapatan sebagai Wakalah
b) Saya buat - orang lain dapat:-
i. Dapat pahala menyampaikan ilmu Muamalah Islam
ii. Dapat pahala sedekah jariah yang berpanjangan
iii. Dapat pendapatan sampingan jika mahu
iv. Dapat keuntungan keatas simpanan
v. Dapat Wang Perlindungan jika berlaku musibah
vi. Dapat menyelesaikan masalah kewangan
vii. Banyak lagi...
Mengapa Saya Tinggalkan MLM
ii. Pangkat Diamond Manager
iii. Mencecah RM20,000.00 sebulan
iv. RM3,600.00
v. Jual tak payah sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja
vi. Lain-lain : Gambar suami isteri dalah Majallah, Melancung Ke Italy percuma, DCM Meeting, Menjadi VVIP dalam program-program Syarikat, Pakai kereta C200 dan sebagainya.
Rabu, 12 Ogos 2009
Saya Sebagai Seorang 'Orang MLM'
Petikan Majallah Wawasan LUXOR Keluaran Jun 2004
Kadang-kadang saya terfikir, kalaulah aku tahu dari dulu lagi aku dah but MLM macamni - apataknya ramai pengadu akan bertanya "Kalau begitu syarikat jualan langsung yang mana yang terbaik untuk saya sertai?". Jawabnya tentulah 'LUXOR'. Kan senang. Tak payah nak cari down-line, down-line cari up-line. Tak mengapalah itu bukan rezeki saya. Tapi rugilah...
Saya sebagai mantan Penolong Pengawal Jualan Lansung.
Pada bulan Januari 2004 genap 23 tahun saya berkerja sebagai Pen. Pegawai Penguatkuasa KPDN&HEP. Nama saya diwartakan dalam Peraturan-peraturan Jualan Langsung sebagai Penolong Pengawal Jualan Langsung dan sebagai Pegawai Pendakdwa akta tersebut.Ahad, 2 Ogos 2009
Sabtu, 1 Ogos 2009
PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PENDAKWA 1
Rabu, 29 Julai 2009
Aku tak pandai...Tapi aku nak jugak.
Apa? Nak ajar orang? Eee!!! Sorry! Aku pan ciplak sana, ciplak sini. Engkau orang nak belajar cari guru lainlah. Kalau engkau orang nak ajar aku boleh la.
Ha! Nak tau fasal Takaful Ikhlas? Itu aku tau. Caranya engkau click kat sini http://arshadtakafulikhlas.blogspot.com/ ...Ok, kan.


