Selasa, 22 Januari 2013

PERTANDINGAN MELUNCUR SKI KELUARGA ARSHAD 2013

 
  Bergambar bersama isteri tersayang,
anak-anak dan ipar-ipar sebelum memulakan riadhah.
 Kegembiraan anak-anak menambahkan keceriaan walaupun dalam suhu yang sangat sejuk.
Faiz, Fahmi, Farhan dan Faizah terpaksa poteng universiti  dan sekolah,
manakala Firdaus,Farah dan Fadhilah terpaksa mengalah
kerana exam di universiti masing-masing.
Perlumbaan Ski akan bermula... Empat beranak mengambil bahagian.
  
Si Ibu menjadi pengadil. Faizah penjaga garisan.
Faiz buat apa pulak disitu... nak bodek pengadillah tu!...
“GEDEBUUUK”...
Belum pun bermula la si Ayah dah tergolek... kah...kah...kah...
Kalau dah jatuh tak boleh bangun sendiri pulak tu...
Faiz di garisan permulaan (atas bukit) sempat mengorat dulu.
 Farhan meluncur sangat laju dan sampai dulu.
Fahmi menyusur macam profesional je...
Faiz sampai juga walaupun terlanggar ‘devider’.
 
 Si bapa selamat sampai walau pun 2 kali tergolek di peringkat awal
(atas bukit).
Si bapa di sambut oleh si isteri. “Alhamdulillah selamat suami ku”.
 Fahmi berjaya memotong bapanya di katogeri 'Tinggi'. 
Farhan dan Faiz dah tak nampak kerana laju sangat.
 Faizah bersama bapanya berkemas untuk Solat Zohor.
 
 Lima sekeluarga keletihan selepas pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan