Selasa, 17 September 2013

MAJLIS WALIMATUL URUS FARAH - 31.08.2013 T/HARI.

 Happy Ending...
 4 bersaudara keletihan ... konon
 Pengantin ... Zaidi & Raja Nora...
 Diantara tetamu sedang menjamu selera...
 Tetamu (VVVIP) dari Pondok Paya Jauh...Sejuk hati melihat mereka...
 Bergilir menjamu selera...
 Sebahagian drp 40 buah Motor Konvoi dari KL dan Seremban.
 Konvoi mula sampai dengan di jemput oleh Pengantin (tapi naik kereta)
Kelihatan juga Parking Marshall - Acik Nizam (kiri sekali...he...he...he...)
 Sebahagian drp keluarga pengantin lelaki makan mengikut tradisi kampong.
Tetamu yang lain memilih juadah...
                   Alhamdulillah, Majlis Walimatul Urus FARAH & NIZAM berjalan dengan lancar bermula jam 11.30 pagi. Hasrat hati saya & isteri nak jamu tetamu dengan juadah utama "Nasi Beryani Gam Ori" dimakbulkan Allah. Usaha "mengimpot" HAFIZSHAH  CATERING dari Batu Pahat, Johor memang berbaloi. Bagi yang berminat boleh tel 013-753 7523 - Cikgu Hj Hishamuddin Misrin.
                Majlis ini agak sederhana dan berlainan dari biasa. Tiada acara 'ketibaan pengantin' kerana pengantin dah sampai seawal pagi dan baru selesai 'Majlis Aqad Nikah'... Baru released tention.  Suasana begitu tenang kerana telah dirancang berjalan tanpa muzik dan DJ. Para tetamu dapat berbual beramah mesra tanpa gangguan bunyi dan tidak perlu bercakap kuat-kuat seperti bercakap dengan orang yang kurang pendengaran.
                   Tiada meja VIP kerana semua tetamu adalah VVVIP bagi kami. Tiada meja makan beradap bagi pengantin kerana pengantin memilih untuk "makan berdua" dalam talam dalam rumah. Kaum keluarga Pengantin Lelaki makan hidang dalam talam mengikut amalan orang Melayu dahulu. Ini mengimbas kembali kenangan makan bersama arwah emak dan ayah serta adik beradik dikampong dahulu. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan masukkanlah mereka kedalam Syurgamu, Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan