Ahad, 6 Disember 2009

Ubat Penyakit Osteothritis

Bulan Haji baru berlalu,
Kenangan di Baitullah begitu syahdu,
Sesuatu keajaiban berlaku padaku,
Namun tak ramai orang yang tahu.

Apa sahaja boleh berlaku,
Tanda kebesaran Allah yang satu,
Penyakit osteoarthritis hilang begitu,
Berkat doa dan keikhlasan yang jitu.

Wahai sahabat dengar pesanku,
Di Tanah Suci semua dah tahu,
Apa dipohon pasti berlaku,
Syarat utama taatkan ibu.






Kira-kira 3 1/2 tahun lalu saya mengidap penyakit osteoarthritis. Doktor pakar Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan saya megidap penyakit ini. Kemudian saya merujuk kes ini kepada Dr. Jamal, Ketua Doktor Pakar, Hospital Besar, Kuala Lumpur. Menurut doktor, ‘Ostheoarthritis’ ialah sejenis penyakit sendi akibat kekeringan lendir pada penyambung lutut saya. Penyakit ini tiada ubatnya. Lendir yang kering tiada penggantinya, tetapi boleh dirawat dengan cara suntikan atau menambah besi pada sendi yang terlibat. Namun begitu atas nasihat doktor saya banyak mengambil ‘suppliment food’ iaitu Donna, Artril dan Consulf.

Akibat dari penyakit ini saya mengalami kesakitan dalam melakukan apa sahaja pergerakan yang melibatkan lutut kerana berlaku pergeseran antara 2 sendi. Perasaan sakit amat terasa pada setiap masa terutama ketika menunaikan solat. Setiap pegerakan mulai sukar sehinggakan terfikir dikepala saya bahawa tidak lama lagi saya akan menjadi pengguna kerusi roda yang bertauliah.

Diantara suppliment food' yang saya ambil sebelum ini

Pada penghujung tahun 2007 panggilan haji menjemput saya ke Baitullah. Terbayang masalah untuk melakukan Tawaf dan Saie ketika mengerjakan ibadah Haji di Makkah. Apalah ertinya pergi Haji dalam keadaan tidak boleh berjalan. Namun begitu saya tetap akan kesana kerena lambaian Kaabah semakin lama semakin hampir. Jadi peluang sebagai tetamu Allah ini tidak saya persia-siakan.

Sesampainya di Makkah dan buat pertama kalinya melihat Kaabah, segala k esayuan bercampur kesyukuran menyelubungi hati saya menyebabkan tanpa boleh ditahan air mata bercucuran ditengah-tengah lautan manusia disitu. Sesungguhnya ini lah waktu dan saatnya yang paling gembira dalam hidup saya. Selepas melakukan Tawaf Qudum dan sembahyang sunat, saya berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkah dalam mengerja ibadah Haji ini disamping doa-doa yang lain dan diakhiri dengan minum air Zam-zam.

Selama 35 hari saya berada Makkah dan selesai sudah mengerjakan ibadah Haji dan Umrah, saya dan kumpulan iaitu seramai 42 orang dari Addeen Travel Tours (Pakej Asia Oriental Travel & Tours S/B) berlepas ke Madinah. Disini kami tinggal selama 7 hari.

Selesai sudah kerja-kerja Haji apabila selesai melontar kesemua Jamrah pada Hari Tasyrik ke 3, kami pulang ke Makkah menaiki van...Tak muat didalam van ada yang duduk dibumbung van.

Di Madinah inilah baru saya sedar bahawa saya sudah sihat dan penyakit Ostheoarthritis sudah hilang tak tahu dimana. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan saya dalam melakukan ibadah Haji dan Umrah yang sesunguhnya memerlukan tahap kesihatan yang baik. Ibadah selesai, penyakit pun dah hilang hinggalah ke hari ini dan boleh berlari seperti biasa. Kini saya tak perlu lagi mengambil ‘suppliment food’. Syukur Alhamdulillah. Inilah diantara Perjalanan Sebuah Kejayaan.

2 ulasan:

  1. salam....

    syukur alhamdulillah..urusan tuan mengerjakan haji dipermudahkan allah swt.

    BalasPadam
  2. Salam buat anak laut. pertama sekali mohon maaf krn lambat respon. Alhamdulilah, di Makkah- baik dipohon baik diperolehi dan sebaliknya. Saya doakan agar anak laut juga cepat kesana.

    BalasPadam