Sabtu, 15 Februari 2014

Selasa, 17 September 2013

MAJLIS WALIMATUL URUS FARAH - 31.08.2013 T/HARI.

 Happy Ending...
 4 bersaudara keletihan ... konon
 Pengantin ... Zaidi & Raja Nora...
 Diantara tetamu sedang menjamu selera...
 Tetamu (VVVIP) dari Pondok Paya Jauh...Sejuk hati melihat mereka...
 Bergilir menjamu selera...
 Sebahagian drp 40 buah Motor Konvoi dari KL dan Seremban.
 Konvoi mula sampai dengan di jemput oleh Pengantin (tapi naik kereta)
Kelihatan juga Parking Marshall - Acik Nizam (kiri sekali...he...he...he...)
 Sebahagian drp keluarga pengantin lelaki makan mengikut tradisi kampong.
Tetamu yang lain memilih juadah...
                   Alhamdulillah, Majlis Walimatul Urus FARAH & NIZAM berjalan dengan lancar bermula jam 11.30 pagi. Hasrat hati saya & isteri nak jamu tetamu dengan juadah utama "Nasi Beryani Gam Ori" dimakbulkan Allah. Usaha "mengimpot" HAFIZSHAH  CATERING dari Batu Pahat, Johor memang berbaloi. Bagi yang berminat boleh tel 013-753 7523 - Cikgu Hj Hishamuddin Misrin.
                Majlis ini agak sederhana dan berlainan dari biasa. Tiada acara 'ketibaan pengantin' kerana pengantin dah sampai seawal pagi dan baru selesai 'Majlis Aqad Nikah'... Baru released tention.  Suasana begitu tenang kerana telah dirancang berjalan tanpa muzik dan DJ. Para tetamu dapat berbual beramah mesra tanpa gangguan bunyi dan tidak perlu bercakap kuat-kuat seperti bercakap dengan orang yang kurang pendengaran.
                   Tiada meja VIP kerana semua tetamu adalah VVVIP bagi kami. Tiada meja makan beradap bagi pengantin kerana pengantin memilih untuk "makan berdua" dalam talam dalam rumah. Kaum keluarga Pengantin Lelaki makan hidang dalam talam mengikut amalan orang Melayu dahulu. Ini mengimbas kembali kenangan makan bersama arwah emak dan ayah serta adik beradik dikampong dahulu. Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami dan masukkanlah mereka kedalam Syurgamu, Amin.

Isnin, 16 September 2013

MAJLIS PERNIKAHAN NURFARAHAYN(31.08.2013)


Jam 9.05 pagi Tok Wali Hakim dah sampai
Diantara saudara mara perempuan
Diantara saudara mara lelaki
Akad nikah berjalan lancar.
Kelihatan Saksi 1... bapa saudara Farah
Kelihatan juga Saksi 11 ... bapa saudara Nizam (Sheq)
Ya Allah berkatilah majlis ini...Lanjutkanlah jodoh kedua pengantin sehingga ke akhir hayat mereka... Kurniakanlah kepada mereka zuriat sempurna kejadiannya dan masukkanlah kami semua kedalam golongan umatmu yang beriman, beramal soleh dan bertaqwa kepada mu...Amin.
   Sekadar bergambar kenang-kenangan untuk ahli keluarga sahaja...
  Bersama Ibu Bapa Farah
 Bersama Ibu & Bapa Nizam

Alhamdulillah, selamat sudah pernikahan puteri kami yang di sempurnakan dalam suatu majlis yang sangat ringkas. Tiada sebarang dulang hantaran dan sehelai sireh pun seperti pernikahan kami yang berlangsung pada 14.10.1984. Semoga majlis ini memenuhi kehendak Syariat yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Pagi Raya 2013








Selasa, 22 Januari 2013

PERTANDINGAN MELUNCUR SKI KELUARGA ARSHAD 2013

 
  Bergambar bersama isteri tersayang,
anak-anak dan ipar-ipar sebelum memulakan riadhah.
 Kegembiraan anak-anak menambahkan keceriaan walaupun dalam suhu yang sangat sejuk.
Faiz, Fahmi, Farhan dan Faizah terpaksa poteng universiti  dan sekolah,
manakala Firdaus,Farah dan Fadhilah terpaksa mengalah
kerana exam di universiti masing-masing.
Perlumbaan Ski akan bermula... Empat beranak mengambil bahagian.
  
Si Ibu menjadi pengadil. Faizah penjaga garisan.
Faiz buat apa pulak disitu... nak bodek pengadillah tu!...
“GEDEBUUUK”...
Belum pun bermula la si Ayah dah tergolek... kah...kah...kah...
Kalau dah jatuh tak boleh bangun sendiri pulak tu...
Faiz di garisan permulaan (atas bukit) sempat mengorat dulu.
 Farhan meluncur sangat laju dan sampai dulu.
Fahmi menyusur macam profesional je...
Faiz sampai juga walaupun terlanggar ‘devider’.
 
 Si bapa selamat sampai walau pun 2 kali tergolek di peringkat awal
(atas bukit).
Si bapa di sambut oleh si isteri. “Alhamdulillah selamat suami ku”.
 Fahmi berjaya memotong bapanya di katogeri 'Tinggi'. 
Farhan dan Faiz dah tak nampak kerana laju sangat.
 Faizah bersama bapanya berkemas untuk Solat Zohor.
 
 Lima sekeluarga keletihan selepas pertandingan.