Rabu, 15 September 2010

HARI RAYA IDUL FITR TAHUN 1431H

Pada tahun 2009, kami menyambut Hari Raya Idul Fitr agak hambar kerana Dilla telah berlepas melanjutlan pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Dilla buat kali pertama berhari raya di perantauan dan kami pertama kali kekurangan seorang ahli keluarga. Walau bagaimanapun kewajipan menuntut ilmu perlu diteruskan. Dilla kata raya kali ini jauh berbeza dari biasa, berhari raya hanya dengan teman-teman pelajar dan juadah daging unta.
Alhamdulillah pada tahun 2010 kami dapat berhari raya sekeluarga. Tahun ini diantara tahun paling meriah kerana dapat berhari raya dengan kesemua anak-anak. Kemeriahan ini ditambah pula kerana kami semua dapat pulang ke kampung di Selangor untuk berhari raya bersama ayahanda tersayang dan adik beradik yang lain. Pada hari raya ketiga kami berkumpul dengan adik beradik sebelah isteri di Temerloh.