Berkerja saban hari sungguh meletihkan. Diantara pengubat keletihan minda dan fizikal yang selalu saya buat ialah dengan bersantai di Taman Mini dirumah saya. Saya memang meminati taman kerana ia dapat sedikit sebanyak menjamu mata dengan melihat kesuburan pohon anggur, air terjun dan ikan-ikan kap yang berwarna warni berkeliaran bermain sesama mereka. Sejak kebelakangan ini taman ini agak tidak terurus kerana kesuntukan masa. Pohon anggur saya nampak lesu dah lama tak berbuah.
.
Kolam ikan kap terpaksa saya jaringkan bagi mengelakkan daripada ikan-ikannya
dikenduri oleh sejenis burung yang sebesar burung hantu disebelah malam.
. Mengikut Fengshui China setiap titik air yang jatuh membawa rezeki...
Deruan bunyi air terjun pula sunggah mengasyikkan. Cuaca panas menjadi sejuk daripada pandangan mata apabila menyaksikan air terjun yang mencurah kedalam kolam ikan tersebut. Bagi Fengshui China, air terjun terutama yang mengalir di bawah dedaunan melambangkan rezeki yang akan datang mencurah-curah. Sesunguhnya setiap rezeki adalah kurniaan Ilahi dan setiap manusia ada tanggungjawab terhadap setiap rezeki yang diterimanya.
.
Yang lebih menyeronokkan ialah apabila memberi makan kepada ikan-ikan dimana ikan-ikan tersebut akan berebut-rebut menikmati keenakan makanan yang diberi. Bagi peminat ikan kap, suasana ini sedikit menggambarkan keindahan disyurga Allah. Disyurga suasananya berjuta kali lebih indah dimana terdapatnya air yang sangat jernih mengalir dengan dihiasi ikan-ikan yang sangat mengasyikkan.
Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
.Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
Gambaran sebelah malam pondok tempat bersantai diterangi oleh 'lampu gasolin'
Bagi saya walaupun rumah kecil tetapi kewujudan taman mini dengan dihiasi air terjun, ikan-ikan berwarna warni dan bunga-bungaan sangat penting. Bagi saya rumah yang tidak bertaman nampk lesu dan tiadak bermaya. Suasana ini menggambarkan kelesuan isi rumah tersebut.
Taman mini ini saya bina bukan sahaja sebagai tempat bersantai tetapi juga muhasabah diri dan mengingatkan saya tentang kebesaran Allah. Kalaulah taman ini indah, jauh berjuta-juta kali ganda indahnya Taman-taman di Syurga. Maha Agong Allah Taala tuhan semaster alam yang memiliki segala keindahan dan keseluruhan alam maya ini.