Berkerja saban hari sungguh meletihkan. Diantara pengubat keletihan minda dan fizikal yang selalu saya buat ialah dengan bersantai di Taman Mini dirumah saya. Saya memang meminati taman kerana ia dapat sedikit sebanyak menjamu mata dengan melihat kesuburan pohon anggur, air terjun dan ikan-ikan kap yang berwarna warni berkeliaran bermain sesama mereka. Sejak kebelakangan ini taman ini agak tidak terurus kerana kesuntukan masa. Pohon anggur saya nampak lesu dah lama tak berbuah.
.
Kolam ikan kap terpaksa saya jaringkan bagi mengelakkan daripada ikan-ikannya
dikenduri oleh sejenis burung yang sebesar burung hantu disebelah malam.
. Mengikut Fengshui China setiap titik air yang jatuh membawa rezeki...
Deruan bunyi air terjun pula sunggah mengasyikkan. Cuaca panas menjadi sejuk daripada pandangan mata apabila menyaksikan air terjun yang mencurah kedalam kolam ikan tersebut. Bagi Fengshui China, air terjun terutama yang mengalir di bawah dedaunan melambangkan rezeki yang akan datang mencurah-curah. Sesunguhnya setiap rezeki adalah kurniaan Ilahi dan setiap manusia ada tanggungjawab terhadap setiap rezeki yang diterimanya.
.
Yang lebih menyeronokkan ialah apabila memberi makan kepada ikan-ikan dimana ikan-ikan tersebut akan berebut-rebut menikmati keenakan makanan yang diberi. Bagi peminat ikan kap, suasana ini sedikit menggambarkan keindahan disyurga Allah. Disyurga suasananya berjuta kali lebih indah dimana terdapatnya air yang sangat jernih mengalir dengan dihiasi ikan-ikan yang sangat mengasyikkan.
Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
.Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
Gambaran sebelah malam pondok tempat bersantai diterangi oleh 'lampu gasolin'
Bagi saya walaupun rumah kecil tetapi kewujudan taman mini dengan dihiasi air terjun, ikan-ikan berwarna warni dan bunga-bungaan sangat penting. Bagi saya rumah yang tidak bertaman nampk lesu dan tiadak bermaya. Suasana ini menggambarkan kelesuan isi rumah tersebut.
Taman mini ini saya bina bukan sahaja sebagai tempat bersantai tetapi juga muhasabah diri dan mengingatkan saya tentang kebesaran Allah. Kalaulah taman ini indah, jauh berjuta-juta kali ganda indahnya Taman-taman di Syurga. Maha Agong Allah Taala tuhan semaster alam yang memiliki segala keindahan dan keseluruhan alam maya ini.
Salam ziarah dari Pak karamu
BalasPadamassalamualaikum tuan haji..maaf bertnye..dan maaf jg sbb terpaksa tnye soalan kt komen n3 ni.nak mintak pendapat tuan..mungkin tuan lbh mengetahui dan lbh berilmu dr sy yg serba kekurangan ni..
BalasPadamkwn sy ada ajak sy msk bisness MLM ni.tp sy musykil ada ura2 ckp MLM ada unsur riba.nama syarikat tu island red cafe.kne bayar rm360..rm60ahli dan rm300 lagi tu dia macam kad..dlm kad ni de nilai rm300..dan kita boleh guna kad ni tiap kali kita g makan kt kedai2 nya di setiap cawangannya di seluruh negara..dan jika kita mencari ahli laen dan mereka masuk maka kita pun akan untung jgk..ia lbh krng sistem piramid jgk..klu orng bawah kita cari kita pun dpt untung sme..perniagaan ni berbentuk kedai makan..dan setiap orang yang masuk ni x kan rugi sebab mereka masih lagi boleh menggunakan kad keahliannya yg ada di dalamnya rm300 untuk pergi makan di setiap cawangan kdinya.dan pd masa yg sama disamping jumlah rm300 yg boleh digunakan untuk makan free kte turut jg diberikan diskaun lg bila mkn kt sne sbbkn kte dh ahli..soalan sy,halal ke x ye duit yg dpt hasil cr orng dan jgk orng bwh kte cari..mintak pendapat tuan..keliru jgk..ada yg kte halal..ada yg ckp haram.sy kurang arif tentangnya