Ahad, 13 Disember 2009

NASI BUKHARI ISKANDARIAH

Salam kembali. Mohon maaf kepada semua. Sudah agak lama saya tak kemaskini blog ini kerana kesebokan tugas harian. Ramai kaum keluarga, para sahabat dan Bloggers samada yang pernah atau belum pernah menikmati masakan istimewa saya iaitu 'Nasi Bukhari Iskandariah' ternanti-nanti janji saya untuk berkongsi resepinya. Nak ajar sorang2 agak rumit, jadi saya terbitkannya dalam blog ini untuk dikongsi bersama.

Nasi kegemaran saya sekeluarga



Selepas menikmati Nasi Bukhari bersama Dr. Abd. Wahab Ismail (CEO Ingress Corp) dan isteri serta Pak Wan (Pengarah Ad Deen Tours & Travels Sdn. Bhd.) di Madinah pada tahun 2008.

Selamat mencuba...

Ahad, 6 Disember 2009

Ubat Penyakit Osteothritis

Bulan Haji baru berlalu,
Kenangan di Baitullah begitu syahdu,
Sesuatu keajaiban berlaku padaku,
Namun tak ramai orang yang tahu.

Apa sahaja boleh berlaku,
Tanda kebesaran Allah yang satu,
Penyakit osteoarthritis hilang begitu,
Berkat doa dan keikhlasan yang jitu.

Wahai sahabat dengar pesanku,
Di Tanah Suci semua dah tahu,
Apa dipohon pasti berlaku,
Syarat utama taatkan ibu.






Kira-kira 3 1/2 tahun lalu saya mengidap penyakit osteoarthritis. Doktor pakar Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan saya megidap penyakit ini. Kemudian saya merujuk kes ini kepada Dr. Jamal, Ketua Doktor Pakar, Hospital Besar, Kuala Lumpur. Menurut doktor, ‘Ostheoarthritis’ ialah sejenis penyakit sendi akibat kekeringan lendir pada penyambung lutut saya. Penyakit ini tiada ubatnya. Lendir yang kering tiada penggantinya, tetapi boleh dirawat dengan cara suntikan atau menambah besi pada sendi yang terlibat. Namun begitu atas nasihat doktor saya banyak mengambil ‘suppliment food’ iaitu Donna, Artril dan Consulf.

Akibat dari penyakit ini saya mengalami kesakitan dalam melakukan apa sahaja pergerakan yang melibatkan lutut kerana berlaku pergeseran antara 2 sendi. Perasaan sakit amat terasa pada setiap masa terutama ketika menunaikan solat. Setiap pegerakan mulai sukar sehinggakan terfikir dikepala saya bahawa tidak lama lagi saya akan menjadi pengguna kerusi roda yang bertauliah.

Diantara suppliment food' yang saya ambil sebelum ini

Pada penghujung tahun 2007 panggilan haji menjemput saya ke Baitullah. Terbayang masalah untuk melakukan Tawaf dan Saie ketika mengerjakan ibadah Haji di Makkah. Apalah ertinya pergi Haji dalam keadaan tidak boleh berjalan. Namun begitu saya tetap akan kesana kerena lambaian Kaabah semakin lama semakin hampir. Jadi peluang sebagai tetamu Allah ini tidak saya persia-siakan.

Sesampainya di Makkah dan buat pertama kalinya melihat Kaabah, segala k esayuan bercampur kesyukuran menyelubungi hati saya menyebabkan tanpa boleh ditahan air mata bercucuran ditengah-tengah lautan manusia disitu. Sesungguhnya ini lah waktu dan saatnya yang paling gembira dalam hidup saya. Selepas melakukan Tawaf Qudum dan sembahyang sunat, saya berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkah dalam mengerja ibadah Haji ini disamping doa-doa yang lain dan diakhiri dengan minum air Zam-zam.

Selama 35 hari saya berada Makkah dan selesai sudah mengerjakan ibadah Haji dan Umrah, saya dan kumpulan iaitu seramai 42 orang dari Addeen Travel Tours (Pakej Asia Oriental Travel & Tours S/B) berlepas ke Madinah. Disini kami tinggal selama 7 hari.

Selesai sudah kerja-kerja Haji apabila selesai melontar kesemua Jamrah pada Hari Tasyrik ke 3, kami pulang ke Makkah menaiki van...Tak muat didalam van ada yang duduk dibumbung van.

Di Madinah inilah baru saya sedar bahawa saya sudah sihat dan penyakit Ostheoarthritis sudah hilang tak tahu dimana. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan saya dalam melakukan ibadah Haji dan Umrah yang sesunguhnya memerlukan tahap kesihatan yang baik. Ibadah selesai, penyakit pun dah hilang hinggalah ke hari ini dan boleh berlari seperti biasa. Kini saya tak perlu lagi mengambil ‘suppliment food’. Syukur Alhamdulillah. Inilah diantara Perjalanan Sebuah Kejayaan.

Selasa, 3 November 2009

Jawapan Berhubung Konsep Dan Hukum MLM

Kepada rakan-rakan blogger, saya mohon maaf kerana minggu ini agak sebok hingga tak sempat melihat blog dan e-mail. Baru semalam saya perasan ada e-mail dan komen dalam blog yang mengemukakan beberapa persoalan yang hampir sama. Jadi saya rasa ada eloknya jawapannya dikongsi bersama dan saya terbitkan dalam blog ini.

Hampir semua sistem dalam dunia ini berbentuk piramid. Tetapi ada piramid mendatar dan ada piramid terbalik. Dimana-mana pejabat atau organisasi ada Ketua, Timbalan Ketua, Penolong-penolong Ketua, AJK dan seterusnya peringkat ahli. Kesemua ini berbentuk piramid.

Contoh 1: Bapa mempunyai 5 org anak. Setiap org anak melahirkan 4, 5 atau 6 orang anak dan berkembang hingga ke generasi selanjutnya. Semasa hidup bapa mengajar mengaji kepada anak-anaknya dan bapa dapat pahala. Kemudian anak-anak mengajar perkara yang sama kepada anak-anaknya (cucu bapa) dan disini anak dapat pahala dan bapa tadi pun dapat pahala 'Ilmu Yang Di Manfaatkan'. Konsep ini berkembang hinggalah ke cicit, piut dan seterusnya. Peringkat ini bapa tadi tidak mengajar cucu cicit, mungkin ada yg dah meninggal dunia tapi tetap dapat pahala.

Contoh 2: Ahmad mengeluarkan sejenis minuman jenama ‘Lazat’. Untuk tujuan promosi, Ahmad tidak gunakan radio, TV atau surat khabar sebagai agen pengiklanan kerana bayaran yang mahal dan tidak tertanggung olehnya. Sebagai alternatif, Ahmad melantik Busu sebagai egen pengiklanan minuman ‘Lazat’ tadi. Busu memperkenalkan minuman ‘Lazat’ kepada Ali dan Muthu. Apabila Ali dan Muthu membeli dan menggunakan minuman tersebut, maka Syarikat Ahmad membayar bonus kepada Busu. Kemudian Ali dan Muthu pula mengiklankan kepada rakan-rakannya hingga berkembang membentuk piramid. Kesemua yang terlibat diberi bonus atas tugas sebagai pengiklanan tersebut.

Kedua-dua contoh diatas menunjukkan berlakunya sistem piramid, tetapi sah disisi undang-undang Malaysia kerana ia melibatkan kerja atau perniagaan. Apabila sistem ini berkembang, ia akan membentuk ‘Multy Level’. Mengikut Akta Jualan Langsung 1993, perniagaan yang melibatkan barangan seunit kurang dari RM50.00 tidak perlu lessen AJL dan tidak terikat dengan akta tersebut.

Konsep piramid yang salah disisi undang-undang Malaysia(Akta Jualan Langsung) ialah piramid yang wujudnya ‘head hunting’. Head hunting bermakna ‘memburu kepala’ atau dapat taja orang bawah(down line), maka dapat duit tanpa berlaku sebarang perniagaan.

(SAYA SEKALI LAGI MOHON JUTAAN MAAF KEPADA SEMUA KERANA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN JANJI MENYAMBUNG TAJUK INI MENGIKUT YANG DIJANJIKAN. WALAU PUN ADA SEBAB DAN ALASAN TETAPI KESEMUA ITU ADALAH KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI.)

Mengenai perniagaan 'island red cafe', dari segi undang-undang Malaysia, saya tak nampak ada kesalahan sekiranya syarikat tersebut mematuhi perkara berikut:-

i) mempunyai lesen AJL 1993 yang sah
ii) ada barang untuk di jual-beli
iii) tidak berlaku head hunting
iv) memenuhi tepoh10 hari bertenang (bagi urusan membeli barang bernilai lebih RM300/=, pelanggan tidak boleh membuat sebarang bayaran dlm tempoh 10 hari).

Dari segi hukum Islam, saya mita maaf dan tak berani menghukumkan halal atau haram. Ini kerana ada Ulama' yang mengatakan MLM itu sendiri haram dan ada yang kata halal. Wallahu wa'lam...

Rabu, 14 Oktober 2009

Taman Mini Bayangan Taman-taman Syurga


Berkerja saban hari sungguh meletihkan. Diantara pengubat keletihan minda dan fizikal yang selalu saya buat ialah dengan bersantai di Taman Mini dirumah saya. Saya memang meminati taman kerana ia dapat sedikit sebanyak menjamu mata dengan melihat kesuburan pohon anggur, air terjun dan ikan-ikan kap yang berwarna warni berkeliaran bermain sesama mereka. Sejak kebelakangan ini taman ini agak tidak terurus kerana kesuntukan masa. Pohon anggur saya nampak lesu dah lama tak berbuah.
.
Kolam ikan kap terpaksa saya jaringkan bagi mengelakkan daripada ikan-ikannya
dikenduri oleh sejenis burung yang sebesar burung hantu disebelah malam.
. Mengikut Fengshui China setiap titik air yang jatuh membawa rezeki...
Deruan bunyi air terjun pula sunggah mengasyikkan. Cuaca panas menjadi sejuk daripada pandangan mata apabila menyaksikan air terjun yang mencurah kedalam kolam ikan tersebut. Bagi Fengshui China, air terjun terutama yang mengalir di bawah dedaunan melambangkan rezeki yang akan datang mencurah-curah. Sesunguhnya setiap rezeki adalah kurniaan Ilahi dan setiap manusia ada tanggungjawab terhadap setiap rezeki yang diterimanya.
.
Yang lebih menyeronokkan ialah apabila memberi makan kepada ikan-ikan dimana ikan-ikan tersebut akan berebut-rebut menikmati keenakan makanan yang diberi. Bagi peminat ikan kap, suasana ini sedikit menggambarkan keindahan disyurga Allah. Disyurga suasananya berjuta kali lebih indah dimana terdapatnya air yang sangat jernih mengalir dengan dihiasi ikan-ikan yang sangat mengasyikkan.
Taman ini juga penting bagi menarik minat para sahabat yang berkunjung kerumah saya. Sahabat handai yang datang lebih suka bersantai di pondok yang tak jauh dari air terjun tersebut. Anak-anak mereka dibiarkan bermain disekitar air terjun sambil bermain dengan ikan-ikan kap yang sangat jinak.
.
Gambaran sebelah malam pondok tempat bersantai diterangi oleh 'lampu gasolin'

Bagi saya walaupun rumah kecil tetapi kewujudan taman mini dengan dihiasi air terjun, ikan-ikan berwarna warni dan bunga-bungaan sangat penting. Bagi saya rumah yang tidak bertaman nampk lesu dan tiadak bermaya. Suasana ini menggambarkan kelesuan isi rumah tersebut.
Taman mini ini saya bina bukan sahaja sebagai tempat bersantai tetapi juga muhasabah diri dan mengingatkan saya tentang kebesaran Allah. Kalaulah taman ini indah, jauh berjuta-juta kali ganda indahnya Taman-taman di Syurga. Maha Agong Allah Taala tuhan semaster alam yang memiliki segala keindahan dan keseluruhan alam maya ini.

Khamis, 24 September 2009

Kasih Ibu Kandung Sehingga Mati

Ibu kandung yang beriman adalah manusia terpenting dalam dunia ini. Jasanya membesarkan dan mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna tiada tolok bandingnya dan tiada balasan yang setimpal dengannya melainkan daripada Allah sbt sahaja.

Bagi ibu kandung yang beriman, biar tak makan asalkan anak-anak kenyang, biar susah asalkan anak-anak senang dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tergadai nyawa sendiri. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu kandung kepada anak-anak sehingalah melayakkan kedudukan Syurga bagi anak-anak ialah dibawah tapak kaki ibu.

Sebab itulah Allah mewajibkan semua anak-anak tidak kira umur wajib taat dan patuh kepada ibu kandung sehinggalah keakhir hayat mereka. Banyak panduan dan pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah mengenai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat anak-anak adalah bergantung kepada ibu kandung.

Bagiku ibu kandungku (Gambar Diatas) menepati kesemua ciri-ciri yang tersebut diatas malah lebih daripada itu. Sejak kecil aku dilahirkan dengan mengidapi penyakit lelah yang sangt teruk. Ketika itu ubat-ubat dan sistem perubatan belum secanggih sekarang. Yang ada hanya ubat pil bertanda ‘E’ yang dibeli dikedai runcit. Ubat hospital makan berlori-lori pun tidak memberi sebarang kesan. Hampir setiap hari aku lelah dan tidur tak pernah berbantal seperti orang lain melainkan bersandar pada kerusi malas. 1001 usaha berubat telah dibuat dengan bantuan kaum keluargaku yang lain tetapi hampa sahaja.
Keluargaku bersama Ayah Kesayangan
Orang yang paling sedih melihat keadaanku ini ialah ibu kandungku sendiri. Beliau tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar penyakitku sembuh. Mungkin Allah belum lagi ingin menyembuhkanya, maka ibu kandungku mengubah doanya ‘…daripada anakku yang lelah, lebih baik aku yang lelah…pindahkanlah penyakit itu kepadaku dan sembuhkanlah penyakitnya…’ Akhirnya doa ini dimakbulkan Allah dan berlakuklan pertukaran dimana sejak itu penyakit lelahku sembuh sehingga kehari ini dan penyakit tersebut berpindah kepada ibuku sedangkan beliau tidak pernah mengidapi penyakit lelah atau sebarang tanda lelah. Lebih kurang 20 tahun beliau menanggung penyakit lelah ini sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Benarlah sangatlah kasihnya ibu sampai mati. Tiada manusia dalam dunia ini yang sanggup melakukan perkara ini melainkan ibu kandungku.
“…Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Robbanaghfirlana waliwalidaina warhamhuma kamarobbayana soghiro…Amin”

Rabu, 23 September 2009

Kasihnya Ibu Tiri...

Ibu Tiri – perkataan yang menakutkan. Ibu Tiri – istilah yang mengerikan. Ibu Tiriku – seorang ibu tunggal hasil pinangan Allahyarhamah ibu kesayanganku. Kami adek beradik memanggilanya ‘Mak Cik’ kerana panggilan ‘emak’ hanya untuk Allahyarhamah ibu kesayangan kami (Gambar sebelah). Alhamdulillah Mak Cik bukanlah seperti perkataan dan istilah tadi malah jauh sekali. Kami saling menyayangi antara satu sama lain.

Mak Cik berkhidmat setia kepada ayah kesayanganku. Setiap kali samada siang atau malam beliau menemani ayahku melaksanakan tugas sebagai pendakwah bebas pergi mengajar kemerata tempat Alhamdulillah beliau masih boleh memandu sendiri kereta Mercedeznya untuk pergi mengajar setiap kuliahnya.

Ayah dengan Mak Cik

Kami adek beradik dilayan oleh Mak Cik sama seperti anak-anaknya sendiri. Setiap kali aku dan keluarga pulang, kami bersalaman serta berpeluk-pelukan dan secara tidak disedari adegan ini disusuli dengan linangan air mata masing-masing. Setiap kali pulang ada saja juadah kegemaranku dihidangkan atau dibekalkan untuk dibawa pulang. Waktu malam dirumah ayahku banyak nyamuk maklumlah rumah ini dikelilingi oleh sawah padi. Jadi Mak Ciklah yang jadi ‘tukang gantung kelambu’ dan menyediakan segala kelengkapannya. Mak Cik juga membuat tugas-tugas lain menyerupai tugas ‘ kasihnya ibu kepada anak-anaknya’…

Ahad, 20 September 2009

RUBUK MUJAYYAB - Alat falak lama

Alhamdulillah Dila dah sampai di Kaherah pada 15 Sept 2009. Perbualan panjang hampir setiap hari dapat kami uruskan melalui Yahoo Massanger. Ini mengingatkan saya dimana ayah saya telah mempelopori menghantar 2 orang anaknya untuk belajar di Mesir. Ini juga mengingatkan saya tahun-tahun sebelum 2000 dimana ayah saya giat mengajar ilmu falak kepada berbagai golongan pelajar termasuklah Pensyarah, Ustaz, Orang Awam dan sebagainya. Alat yang digunakannya ialah 'RUBUK MUJAYYAB'. Disini saya ingin mengabadikan kepada generasi akan datang mengenai alat tersebut. Sila Rujuk http://www.scribd.com/doc/12910982/

Khamis, 17 September 2009

14 September - Hujan Air Mata Di KLIA

"…Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kemudahan dalam menghadapi pelajaran dan kelulusan Mumtaz dalam setiap peperiksaan di Universiti Al –Azhar kepada Nur Fadhilah bt. Haji Arshad…jadikan ia sebagai seorang doktor perubatan yang beriman, beramal solih dan bertaqwa kepadamu, Ya Allah… Amin"

Begitulah diantara doa yang mengiringi Dila ketika meninggalkan rumah kami di Temerloh menuju ke KLIA. Dila akan berlepas ke Kaherah, Mesir kira-kira jam 11.30 pagi,14 Sept 2009. Dila akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan Dan Sergeri di Universiti Al-Azhar selama 6 tahun.
Seawal pagi kami sekeluarga kecuali Aiz (Peperiksaan Percubaan SPM) dah sampai KLIA.
Sementara menunggu taklimat terakhir daripada Prof. Dr. Haji Razali bin Nawawi, kami sempat bergambar kenangan disamping troli barangan Dila.

"Gambar ini Ibu yang ambil" Kata Kakak Payah.

Babak menyayat hati berlaku dimana-mana di KLIA pada hari ini. Seramai 104 Pelajar yang akan berlepas ke Kaherah pagi ini. Hampir kesemua mereka melalui babak yang sama... kesedihan berpisah dengan kaum keluarga... hujan air mata turun mencurah-curah... pandang kehadapan, kekanan, kekiri, kebelakang, jauh disana sama sahaja adegannya... Hujan air mata di KLIA dah bermula. Dila tak terlepas dari mempelopori adegan ini. Lihatlah... Dila menyorokkan matanya yang dah mula merah sambil mengesat air mata yang mula mencurah.

Adegan bersalaman dan berpelukan sesama keluarga amat sayu, jadi kena cencor. Saat perpisahan sudah bermula. Dila dah masuk sempadan berlepas seorang diri dan hanya ditemani oleh rakan-rakan pelajar lain. Wajah sayu, mata kuyu, nafas tersedu-sedu. Kaum keluarga ditinggalkan begitu... Hujan air mata makin mencurah-curah membasahi KLIA.

Selamat jalan Dila... Selamat tinggal ibu, abah, Abang Auh, Kakak Payah, Ami, Aan, Ijah... Jumpa lagi lain kali itu pun kalau ada umur panjang...

"Ya Allah, janganlah kau jadikan pertemuan ini sebagai pertemuan terakhir bagi kami, panjangkanlah usia kami, sihatkanlah tubuh badan kami, pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang lebih ceria dan bahagia... Amin"

Insya Allah, pada bulan November ini Ibu akan ke Kaherah dan akan bertemu Dila disana.

Pak Long Dila Prof. Madya Dr. Abd. Wahab dan Pak Ngah Ustaz Aini pasti terbayang masa silam jika melayari blog ini. Ini mengingatkan mereka di tahun 1970an. Universiti yang sama tempat menuntut ilmu.


Selasa, 15 September 2009

Kasihnya Ibu 1...

Bulan Ramadhan ini isteriku adalah orang yang paling sebok sekali dialam maya ini. Bermula jam 4.30 pagi beliau bangun dari tidur untuk menyediakan makanan bersahur. Kemudian semua ahli keluarga dikejutkan termasuklah 'Abang Auh' (di UiTM) dan 'Kakak Payah' (di UIAM) melalui telefon, kalau tidak, kira tak sahurlah mereka. Pagi mengajar disekolah, balek sekolah menguruskan rumah tangga dan menguruskan 'Tupperware' nya. Ini routine harian isteriku.

Tapi pada bulan ini nampaknya ada kerja tambahan yang dilakukannya. Setiap hari. Pergi shopping dengan Dilla (Manja). Ada kalanya sehari sampai 3 – 4 kali keluar ke Bandar dan ada sahaja barang baru yang dibelinya. Tak cukup itu, saya juga dibekalkan dengan senarai barangan untuk dibeli.

Disebelah petang pula beliau sebuk memasak dan menyediakan anika jenis juadah untuk berbuka puasa. Setiap hari menu berubah. Minuman kegemarannya tak pernah tinggal iaitu ‘Cocktail’ atau air tebu. ‘Dilla nak makan apa petang ni? Tanya beliau pada Dilla. Setiap apa yang disebut oleh anak itu akan ditunaikan. ‘Nanti di sana makanan ni tak ada…’
Pada 22 Ramadhan kami sekeluarga kecuali Abang Auh menyambut Hari Raya dengan berbuka puasa dengan juadah Hari Raya. Tapi Raya ini bukan kerana nampak anak bulan atau mengikut kiraan Falaq tetapi sekadar untuk Dilla yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan & Sergeri di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 24 Ramadhan ini. Ada lemang, rendang, sate, nasi himpit, lontong, kari ayam dan sebagainya. Malamnya kami sembahyang Tarawikh, Sembahyang Sunat Hajat dan ber Tadarus sekeluarga. Morey - kami mulakan dengan doa selamat serta memotong kek Hari Lahir Dilla dan Ijah. Lepas ini tak tahulah bila lagi kami akan dapat makan bersama seperti ini.

Ini adalah diantara pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya. tetapi pada kali ini pengorbanan ini bercampur dengan persediaan rapi untuk pemergian si anak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak…

Ahad, 6 September 2009

Jawapan e-Mail 11

Jawapan ini telah dipindahkan ke http://hajitakafulikhlas.blogspot.com/

Rabu, 26 Ogos 2009

Jawapan e-Mail 1

Jawapan ini telah berpindah ke http://hajitakafulikhlas.blogspot.com/

Khamis, 13 Ogos 2009

Mengapa Masih Ramai Orang Melayu Yang Tidak Menyertai Takaful

Al Quran jelas menggariskan bahawa jika seseorang kamu meninggal dunia hendaklah meninggalkan waris kamu segala keperluan sekadar satu tahun. Berapa ramaikah orang Melayu beriman kepada ayat ini? Kita lihat nanti...

Mengapa Ramai Orang Melayu Membeli Insuran Konvensional

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa Insuran Konvensional adalah haram. Tetapi mengapa ramai orang Melayu yang masih tetap membeli Insuran Konvensional? Adakah orang Melayu kebal dan tidak berdosa walau pun jelas Insuran Konvensional terlibat dengan riba, maisir dan gharar? Nantikan huraiannya...

Mengapa Saya Jadi Perunding Takaful

Apa Istimewanya Takaful sehingga saya meninggalkan pendapatan MLM yang lumayan kepada pendapatan yang belum tentu ada...Tunggu catatannya...

Keistimewaannya ialah saya dapat menyelesaikan tanggungjawab sosial dengan semua pelanggan dan rangkaian saya. ' Saya buat Ramai yang dapat '.

a) Saya buat - saya dapat:-
i. Dapat pahala menyampaikan ilmu Muamalah Islam
ii. Dapat pahala sedekah jariah yang berpanjangan
iii. Dapat pendapatan sebagai Wakalah

b) Saya buat - orang lain dapat:-
i. Dapat pahala menyampaikan ilmu Muamalah Islam
ii. Dapat pahala sedekah jariah yang berpanjangan
iii. Dapat pendapatan sampingan jika mahu
iv. Dapat keuntungan keatas simpanan
v. Dapat Wang Perlindungan jika berlaku musibah
vi. Dapat menyelesaikan masalah kewangan
vii. Banyak lagi...

Mengapa Saya Tinggalkan MLM

MLM atau Multy Level Marketing adalah perniagaan yang memerlukan keahlian berbagai peringkat dan berberkonsepkan piramid. Ia merupakan rangkaian perniagaan yang bermodalkan insan sebagai pengiklan, pengguna dan penyambung rangkaian tersebut. Konsep perniagaan ini sangat terkenal dinegara-negara maju. Sebagai ganjaranya ialah mereka ini di beri upah dalam bentuk 'bonus' oleh sesebuah Syarikat MLM tersebut. Semakin ramai ahli yang menyertai rangkaian tersebut semakin banyaklah bonus yang diperolehi.

Alhamdulillah dalam tempoh 5 bulan kerja keras saya, saya telah mendapat suatu kejayaan yang saya nyatakan sebelum ini iaitu:-

i. 5 bulan sahaja
ii. Pangkat Diamond Manager
iii. Mencecah RM20,000.00 sebulan
iv. RM3,600.00
v. Jual tak payah sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja
vi. Lain-lain : Gambar suami isteri dalah Majallah, Melancung Ke Italy percuma, DCM Meeting, Menjadi VVIP dalam program-program Syar
ikat, Pakai kereta C200 dan sebagainya.
Ini bukan kejayaan biasa tetapi dinamakan sebagai Impian Menjadi Kenyataan. Ini juga bermakna rangkaian saya agak besar iaitu mengandungi lebih 1,000 orang dibawah saya. Kesemua yang menyertai mana-mana rangkaian dalam MLM mempunyai hasrat memperolehi kejayaan yang sama dengan Up-line.
Apa boleh buat sudah suratan takdir piramid membesar kebawah. Ini menyebabkan berlakunya suatu keadaan dimana semakin ramai ahli, semakin ramailah yang gagal sesuai dengan bentuk piramid tersebut. Walau bagaimanapun tidak semua manusia dilahirkan untuk gagal, masih ada yang berjaya tetapi nisbahnya semakin meruncing.

Kesemua ini adalah fakta kejayaan 'saya dalam MLM'. Disebalik kejayaan ini terselindung kegagalan yang nyata lebih besar daripada kejayaan. Kegagalan yang terselindung inilah menjadi sebab mengapa saya meninggalkan MLM. (Kalau nak buat MLM buatlah LUXOR kerana bagi saya LUXOR adalah MLM terbaik).

Kegagalan itu ialah:

i. Saya hanya menumpukan kejayaan duniawi dan meninggalkan ukhrowi. Orang kata banyak duit boleh di infaq fi sabilillah, tetapi setakat mana ikhlasnya...

ii. Saya gagal memenuhi kehendak sosial dimana makin tinggi kejayaan saya semakin ramai down-line saya yang gagal. Mereka menceburi MLM kerana nak berjaya macam saya, tetapi tak kesampaian. Jadi saya rasa saya bersalah walaupun tunjuk ajar, nasihat, motivasi dan sebagainya telah saya lakukan.

Kesimpulan : Saya tinggalkan MLM dan cari bidang lain yang boleh memberi kejayaan kepada saya dan orang lain didunia hingga akhirat.

Rabu, 12 Ogos 2009

Saya Sebagai Seorang 'Orang MLM'


Pada Mei 2003, kali pertama saya menyertai Perniagaan MLM iaitu ' LUXOR NETWORK SDN. BHD. Mula-mula sekadar masuk ahli, tapi masih belum lagi tahu bila nak bergerak aktif. Atas sokongan Up-Line saya mula bergerak pada Januari 2004. Kalau saya dah bergerak, saya akan bergerak sampai berjaya. Tetapi kejayaan perlu dicapai merangkumi perkara berikut:-
i. Masa singkat - Nak cepat berjaya, kalau boleh masuk terus berjaya
ii. Pangkat tinggi - Tinggi pangkat, tinggilah pendapatan
iii. Duit banyak - Kalau boleh 5 angka sebulan
iv. Modal kecil - Duit tak ada nak buat modal, tapi nak buat juga
v. Menjual tak payah - Malu nak menjual dan sbg
Strategi demi strategi, plan bertukar plan dan sebagainya telah disusun dan terus dilaksanakan. Alhamdulillah pada Mei 2004 saya mula menikmati ke lima-lima perkara diatas.
i. 5 bulan sahaja
ii. Pangkat Diamond Manager
iii. Mencecah RM20,000.00 sebulan
iv. RM3,600.00
v. Jual tak payah sekadar untuk kegunaan sendiri sahaja
vi. Lain-lain : Gambar suami isteri dalah Majallah, Melancung Ke Italy percuma, DCM Meeting, Menjadi VVIP dalam program-program Syarikat, Pakai kereta C200 dan sebagainya.

Petikan Majallah Wawasan LUXOR Keluaran Jun 2004

Kadang-kadang saya terfikir, kalaulah aku tahu dari dulu lagi aku dah but MLM macamni - apataknya ramai pengadu akan bertanya "Kalau begitu syarikat jualan langsung yang mana yang terbaik untuk saya sertai?". Jawabnya tentulah 'LUXOR'. Kan senang. Tak payah nak cari down-line, down-line cari up-line. Tak mengapalah itu bukan rezeki saya. Tapi rugilah...

Saya sebagai mantan Penolong Pengawal Jualan Lansung.

Pada bulan Januari 2004 genap 23 tahun saya berkerja sebagai Pen. Pegawai Penguatkuasa KPDN&HEP. Nama saya diwartakan dalam Peraturan-peraturan Jualan Langsung sebagai Penolong Pengawal Jualan Langsung dan sebagai Pegawai Pendakdwa akta tersebut.

Diantara tugas saya ialah menyiasat aduan-aduan yang berkaitan dengan jualan langsung. Kesemua aduan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Setelah selesai, pengadu akan mengemukakan pertanyaan yang hampir sama iaitu "Kalau begitu syarikat jualan langsung yang mana yang terbaik untuk saya sertai?".

banyak masalah orang telah dapat saya selesaikan. Kalau dulu orang tertentu hidupnya sempit, tetapi atas nasihat saya kini ada diantara mereka dah kaya raya kerana berjaya dalam perniagaan jualan langsung. Dari sudut yang lain, masalah orang dapat saya selesaikan, tetapi masalah saya sendiri tidak selesai. Saya tetap sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang 'senang tidak, tapi sekadar cukup makan'. Cukup bulan dapat gaji, awal bulan gaji dah habis. Alhamdulillah masih bernasib baik boleh makan.

Persoalannya tak bolehkah saya jadi seperti mereka. Pendapatan 5 angka setiap bulan malah ada yang sampai 6 angka. Sampai bila kita nak jadi sebagai orang yang berbangga atas kejayaan orang lain sedangkan kita hanya ditakuk yang sama? Kalau bercerita tentaang kejayaan, semua tujukan kejayaan orang lain. Misalnya "Si anu tu pendapatannya 5 - 6 angka sebulan, si anu tu saudara aku dan sebagainya..." Habis kamu apa ada?...

Sabtu, 1 Ogos 2009

PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PENDAKWA 1

Kalau tak silap dalam tahun 2000 di Mahkamah Majistret Temerloh untuk tugas harian ku sebagai Pegawai Pendakwa. Sebelum Mahkamah baca kes aku, dia habiskan kes Polis dulu.
Satu kes yang menarik ialah seorang gadis Melayu dari Bera telah di tuduh mencuri sepasang kasut ditempat kerjanya di sebuah Pasaraya di Bandar Triang. Kes bermula apabila gadis tersebut membawa turun sepasang kasut baru dari tempat pameran di tingkat satu ke tingkat bawah lalu memakainya. Sedang gadis itu memakai kasut tersebut, Pak Guard tangkap dan panggil Polis. Polis pun tangkap lalu gadis tersebut di pertuduh di Mahkamah atas tuduhan mencuri.
Apabila kesnya disebut, gadis tersebut mengaku salah dan dihukum penjara. Selesai kes aku pun berjumpa Pegawai Pendakwa (PO) kes tersebut yang merupakan rakan sejawatan dengan aku dan aku berkata "...Naya gadis tersebut, umur muda dah jadi banduan..." PO Polis tadi menjawab "...aku hanya menjalankan tugas sahaja.
Pengajaran kes:
Gadis tersebut dipenjara bukan kerana kesalahan yang dilakukannya, tetapi kerana kejahilan dan kemiskinannya. Jangan lah hidup dalam kajahilan dan kemiskinan...
Mohon respon

Rabu, 29 Julai 2009

Aku tak pandai...Tapi aku nak jugak.

Aku ni tak pernah berkursus macamana nak buat blog atau web. Tapi aku perlu ada halaman web atau blog aku sendiri. Web dan blog tu sama ke? Entahlah! Ah tak kesahlah, yang penting aku ada cara nak promosi buissiness Takaful Ikhlas aku. Jadi aku pun bukak tutup, copy paste apa -apa yang aku rasa sesuai dan jadilah macam yang ada ini.

Apa? Nak ajar orang? Eee!!! Sorry! Aku pan ciplak sana, ciplak sini. Engkau orang nak belajar cari guru lainlah. Kalau engkau orang nak ajar aku boleh la.

Ha! Nak tau fasal Takaful Ikhlas? Itu aku tau. Caranya engkau click kat sini http://arshadtakafulikhlas.blogspot.com/ ...Ok, kan.

Rabu, 22 Julai 2009

Bermula hari ini

Motivasi 1

Pada suatu ketika Khalifah Harun Al-Rashid memanggil sembilan orang menterinya mengadap baginda. Kesemua mereka diberikan sebiji telur ayam setiap seorang. Baginda lalu bertitah bahawa sesiapa yang dapat menegakkan telur itu akan dinaikkan pangkat dan yang gagal akan dilucutkan jawatannya.
Kesemua orang menteri tersebut masing-masing mencuba menegakkan telur ayam tersebut dengan menggunakan berbagai kaedah, tetepi kesemuanya gagal. Akhirnya mereka sependapat mengatakan bahawa titah Khalifah tidak perlu dilaksanakan kerana Khalifah sudah gila dan diantara mereka berkata "manakan boleh telur ayam tegak dengan sendirinya".
Apabila kesemua menteri gagal, Khalifah menitahkan agar Abu Nawas menyelesaikan perkara ini. Jika Abu Nawas gagal, beliau akan dibunuh. Abu Nawas dengan tersenyum mengambil sebiji telur ayam dari Khalifah dan mengetuk hujungnya hingga pecah sedikit telur tersebut lalu meletakkannya dalam keadaan tegak. Melihat tindakan Abu nawas ini, kesemua menteri metertawakan Abu Nawas dan mengatakan "matilah engkau wahai Abu Nawas".
Melihat telur ayam itu tegak, Khalifah betitah "Abu Nawas, kamu memang orang yang bijak tidak macam meneteri-menteri beta". Tindakan Khalifah ini mendapat tentangan daripada kesemua menteri tersebut dan ada yang mengatakan begini:-
i. "Kalau macam itu saya pun tahu"
ii. "Kalau macam itu saya pun boleh buat"
iii. "Memang itulah idea saya, tapi dia buat dulu"
iv. "Abu nawas memang jahat kerana berani memecahkan telur di hadapan Khalifah"
Khalifah dengan marahnya bertitah bahawa kesemua meteri tersebut akan dilucutkan jawannya kerana melakukan 3 kesalahan iaitu:-
i. Bodoh kerana tidak dapat menyelesai masalah semudah itu.
ii. Pemalas untuk berfikir menyelesaikan masalah
iii. Jahat kerana berani menipu Khalifah dengan mengatakan mereka tahu, sedangkan jika mereka tahu mengapa tidak buat.
iv. Penakut. Jika mereka berani mengapa dihadapan Khalifah memecah hujung telur pun tak berani, bagaimana pula nakmempertahankan negara.
Pengajaran
Terdapat 1,001 pengajaran yang perlu di bincangkan. Fikir-fikirkanlah.