Kalau tak silap dalam tahun 2000 di Mahkamah Majistret Temerloh untuk tugas harian ku sebagai Pegawai Pendakwa. Sebelum Mahkamah baca kes aku, dia habiskan kes Polis dulu.
Satu kes yang menarik ialah seorang gadis Melayu dari Bera telah di tuduh mencuri sepasang kasut ditempat kerjanya di sebuah Pasaraya di Bandar Triang. Kes bermula apabila gadis tersebut membawa turun sepasang kasut baru dari tempat pameran di tingkat satu ke tingkat bawah lalu memakainya. Sedang gadis itu memakai kasut tersebut, Pak Guard tangkap dan panggil Polis. Polis pun tangkap lalu gadis tersebut di pertuduh di Mahkamah atas tuduhan mencuri.
Apabila kesnya disebut, gadis tersebut mengaku salah dan dihukum penjara. Selesai kes aku pun berjumpa Pegawai Pendakwa (PO) kes tersebut yang merupakan rakan sejawatan dengan aku dan aku berkata "...Naya gadis tersebut, umur muda dah jadi banduan..." PO Polis tadi menjawab "...aku hanya menjalankan tugas sahaja.
Pengajaran kes:
Gadis tersebut dipenjara bukan kerana kesalahan yang dilakukannya, tetapi kerana kejahilan dan kemiskinannya. Jangan lah hidup dalam kajahilan dan kemiskinan...
Mohon respon
Kejahilan dan kemiskinan gadis tersebut yang memenjarakannya, tetapi bukan kejahatannya. Kejahatannya belum dibuktikan sebab dia masih lagi berada di dalam premis tersebut. Mungkin dia sedang mencuba kasut baru dan akan meletakkan semuala kasut tersebut ditempat asal apabila selesai mencuba kasut tersebut. Dia sepatutnya dituduh mencuri selepas dia keluar dari premis tersebut tanpa niat membayar.
BalasPadamPelik...
BalasPadamKenapa Gadis itu boleh disabitkan?
Bukankah element "MENCURI" memerlukan "niat untuk mencuri"