Isnin, 8 Ogos 2011

PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN DAH BERBUAH

Alhamdulillahi Robbil Alamin. Segala puji bagi Allah tuhan semasta alam. Tiada pujian yang selayaknya melainkan hanya milik Allah. Tiada kesyukuran yang layak diucapkan melainkan kepada Allah jua. Ucapan Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Allah yang memberikan kami sekeluarga segala-sagala kebaikan yang tidak tehitung banyaknya.
Alhamdulillah…Putik ‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ telah mula berbuah kejayaan. Tiada ucapan mengatasi Alhamdulillah… Kejayaan ini juga merupakan ujian daripada Allah terhadap hambanya.
Kejayaan pertama ‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ ialah kejayaan putera sulung kami ‘MUHAMMAD FIRDAUS’ atau ‘AUH’ atau ‘ITOS’ telah lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari UiTM. Insya Allah beliau akan meneruskan pelajaran dan menyelesaikan ‘Chambering’ untuk melayakkan menjadi seorang peguam.

AUH putera sulung PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN


‘PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN’ juga menambahkan putiknya apabila putera kedua kami ‘MUHAMMAD FAIZ’ atau ‘AIZ’ baru mendapat tempat untuk menyambung pelajaran Ijazah sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UiTM yang akan bermula pada 06 September ini.AIZ bersama teman sebilik, sekuliah, sama jurusan dan sama 'datuk dan nenek' (sepupu) ketika di Pre-Medic, UiTM. Sepupunya Fawzan kini pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan di USM, Kubang Kerian


Gambar bawah: AIZ tenang ketika study
Putera kami ke tiga ‘MUHAMMAD FAHMI’ atau ‘AMI’ pula mendapat 9A dalam peperiksaan PMR musim lalu dan akan berhadapan dengan peperiksaan SMA pada tahun ini. Hasratnya ingin menyamai rekod kakak Dilla dengan mendapat kelulusan 10A1. Kini AMI dalam aliran sains, tetapi target utama ialah menjadi seorang Al Hafiz.
MUHAMMAD FARHAN atau ‘AAN’ pula akan menempuh peperiksaan PMR pada tahun ini. Target utama nya ialah mencapai keputusan yang terbaik di semua peringkat.
Disamping kejayaan putera-putera, puteri-puteri kami pula masih meneruskan perjalanan sebuah kejayaan ini. NUR FARAHAYN atau ‘PAYAH’ dalam jurusan Ekonomi di UIAM baru memasuki tahun dua setelah 2 tahun Pra-U di UIAM, Nilai.
Puteri kedua NUR FADHILAH atau ‘DILLA’ akan memasuki tahun tiga Ijazah sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di University Al-Azhar, Cairo. Alhamdulillah keputusan tahun pertama lulus dengan Jayyid Jiddan(Sangat Baik) menyebabkan beliau mendapat meneruskan pengajian dengan tajaan MARA. Insya Allah keputusan peperiksaan tahun kedua dan seterusnya akan mendapat MUMTAZ(Cemerlang). Dilla(tengah) bersama rakan sekuliah di University Al Azhar
Seterusnya puteri bongsu kami NURUL FAIZAH atau ‘IJAH’ atau ‘Ayang’ akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR pada tahun ini. Insya Allah keputusan peperiksaannya akan menyamai kekanda-kekandanya iaitu mendapat 5A.
Dengan usaha putera & puteri ini serta berkat doa ibu bapa dan keluarga dan rahmat dari Allah swt, PERJALANAN SEBUAH KEJAYAAN akan cemerlang, gemilang dan terbilang.

1 ulasan: