Khamis, 17 September 2009

14 September - Hujan Air Mata Di KLIA

"…Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kemudahan dalam menghadapi pelajaran dan kelulusan Mumtaz dalam setiap peperiksaan di Universiti Al –Azhar kepada Nur Fadhilah bt. Haji Arshad…jadikan ia sebagai seorang doktor perubatan yang beriman, beramal solih dan bertaqwa kepadamu, Ya Allah… Amin"

Begitulah diantara doa yang mengiringi Dila ketika meninggalkan rumah kami di Temerloh menuju ke KLIA. Dila akan berlepas ke Kaherah, Mesir kira-kira jam 11.30 pagi,14 Sept 2009. Dila akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan Dan Sergeri di Universiti Al-Azhar selama 6 tahun.
Seawal pagi kami sekeluarga kecuali Aiz (Peperiksaan Percubaan SPM) dah sampai KLIA.
Sementara menunggu taklimat terakhir daripada Prof. Dr. Haji Razali bin Nawawi, kami sempat bergambar kenangan disamping troli barangan Dila.

"Gambar ini Ibu yang ambil" Kata Kakak Payah.

Babak menyayat hati berlaku dimana-mana di KLIA pada hari ini. Seramai 104 Pelajar yang akan berlepas ke Kaherah pagi ini. Hampir kesemua mereka melalui babak yang sama... kesedihan berpisah dengan kaum keluarga... hujan air mata turun mencurah-curah... pandang kehadapan, kekanan, kekiri, kebelakang, jauh disana sama sahaja adegannya... Hujan air mata di KLIA dah bermula. Dila tak terlepas dari mempelopori adegan ini. Lihatlah... Dila menyorokkan matanya yang dah mula merah sambil mengesat air mata yang mula mencurah.

Adegan bersalaman dan berpelukan sesama keluarga amat sayu, jadi kena cencor. Saat perpisahan sudah bermula. Dila dah masuk sempadan berlepas seorang diri dan hanya ditemani oleh rakan-rakan pelajar lain. Wajah sayu, mata kuyu, nafas tersedu-sedu. Kaum keluarga ditinggalkan begitu... Hujan air mata makin mencurah-curah membasahi KLIA.

Selamat jalan Dila... Selamat tinggal ibu, abah, Abang Auh, Kakak Payah, Ami, Aan, Ijah... Jumpa lagi lain kali itu pun kalau ada umur panjang...

"Ya Allah, janganlah kau jadikan pertemuan ini sebagai pertemuan terakhir bagi kami, panjangkanlah usia kami, sihatkanlah tubuh badan kami, pertemukanlah kami semua dalam keadaan yang lebih ceria dan bahagia... Amin"

Insya Allah, pada bulan November ini Ibu akan ke Kaherah dan akan bertemu Dila disana.

Pak Long Dila Prof. Madya Dr. Abd. Wahab dan Pak Ngah Ustaz Aini pasti terbayang masa silam jika melayari blog ini. Ini mengingatkan mereka di tahun 1970an. Universiti yang sama tempat menuntut ilmu.


1 ulasan:

  1. Abah, knp letak gmbr dila tgh nangis je???
    ltk la gmbr dila tgh gembira...hehe

    BalasPadam