Rabu, 23 September 2009

Kasihnya Ibu Tiri...

Ibu Tiri – perkataan yang menakutkan. Ibu Tiri – istilah yang mengerikan. Ibu Tiriku – seorang ibu tunggal hasil pinangan Allahyarhamah ibu kesayanganku. Kami adek beradik memanggilanya ‘Mak Cik’ kerana panggilan ‘emak’ hanya untuk Allahyarhamah ibu kesayangan kami (Gambar sebelah). Alhamdulillah Mak Cik bukanlah seperti perkataan dan istilah tadi malah jauh sekali. Kami saling menyayangi antara satu sama lain.

Mak Cik berkhidmat setia kepada ayah kesayanganku. Setiap kali samada siang atau malam beliau menemani ayahku melaksanakan tugas sebagai pendakwah bebas pergi mengajar kemerata tempat Alhamdulillah beliau masih boleh memandu sendiri kereta Mercedeznya untuk pergi mengajar setiap kuliahnya.

Ayah dengan Mak Cik

Kami adek beradik dilayan oleh Mak Cik sama seperti anak-anaknya sendiri. Setiap kali aku dan keluarga pulang, kami bersalaman serta berpeluk-pelukan dan secara tidak disedari adegan ini disusuli dengan linangan air mata masing-masing. Setiap kali pulang ada saja juadah kegemaranku dihidangkan atau dibekalkan untuk dibawa pulang. Waktu malam dirumah ayahku banyak nyamuk maklumlah rumah ini dikelilingi oleh sawah padi. Jadi Mak Ciklah yang jadi ‘tukang gantung kelambu’ dan menyediakan segala kelengkapannya. Mak Cik juga membuat tugas-tugas lain menyerupai tugas ‘ kasihnya ibu kepada anak-anaknya’…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan