Khamis, 24 September 2009

Kasih Ibu Kandung Sehingga Mati

Ibu kandung yang beriman adalah manusia terpenting dalam dunia ini. Jasanya membesarkan dan mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna tiada tolok bandingnya dan tiada balasan yang setimpal dengannya melainkan daripada Allah sbt sahaja.

Bagi ibu kandung yang beriman, biar tak makan asalkan anak-anak kenyang, biar susah asalkan anak-anak senang dan sanggup berkorban apa sahaja walaupun tergadai nyawa sendiri. Begitu besar jasa dan pengorbanan ibu kandung kepada anak-anak sehingalah melayakkan kedudukan Syurga bagi anak-anak ialah dibawah tapak kaki ibu.

Sebab itulah Allah mewajibkan semua anak-anak tidak kira umur wajib taat dan patuh kepada ibu kandung sehinggalah keakhir hayat mereka. Banyak panduan dan pengajaran yang disampaikan oleh Rasulullah mengenai kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat anak-anak adalah bergantung kepada ibu kandung.

Bagiku ibu kandungku (Gambar Diatas) menepati kesemua ciri-ciri yang tersebut diatas malah lebih daripada itu. Sejak kecil aku dilahirkan dengan mengidapi penyakit lelah yang sangt teruk. Ketika itu ubat-ubat dan sistem perubatan belum secanggih sekarang. Yang ada hanya ubat pil bertanda ‘E’ yang dibeli dikedai runcit. Ubat hospital makan berlori-lori pun tidak memberi sebarang kesan. Hampir setiap hari aku lelah dan tidur tak pernah berbantal seperti orang lain melainkan bersandar pada kerusi malas. 1001 usaha berubat telah dibuat dengan bantuan kaum keluargaku yang lain tetapi hampa sahaja.
Keluargaku bersama Ayah Kesayangan
Orang yang paling sedih melihat keadaanku ini ialah ibu kandungku sendiri. Beliau tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar penyakitku sembuh. Mungkin Allah belum lagi ingin menyembuhkanya, maka ibu kandungku mengubah doanya ‘…daripada anakku yang lelah, lebih baik aku yang lelah…pindahkanlah penyakit itu kepadaku dan sembuhkanlah penyakitnya…’ Akhirnya doa ini dimakbulkan Allah dan berlakuklan pertukaran dimana sejak itu penyakit lelahku sembuh sehingga kehari ini dan penyakit tersebut berpindah kepada ibuku sedangkan beliau tidak pernah mengidapi penyakit lelah atau sebarang tanda lelah. Lebih kurang 20 tahun beliau menanggung penyakit lelah ini sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Benarlah sangatlah kasihnya ibu sampai mati. Tiada manusia dalam dunia ini yang sanggup melakukan perkara ini melainkan ibu kandungku.
“…Allahummaghfirlaha warhamha wa’afihi wa’fuanha. Robbanaghfirlana waliwalidaina warhamhuma kamarobbayana soghiro…Amin”

2 ulasan:

  1. Nice blog. Informative & impressive content.
    ______________________
    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  2. kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa selamanya... =)

    BalasPadam