Selasa, 15 September 2009

Kasihnya Ibu 1...

Bulan Ramadhan ini isteriku adalah orang yang paling sebok sekali dialam maya ini. Bermula jam 4.30 pagi beliau bangun dari tidur untuk menyediakan makanan bersahur. Kemudian semua ahli keluarga dikejutkan termasuklah 'Abang Auh' (di UiTM) dan 'Kakak Payah' (di UIAM) melalui telefon, kalau tidak, kira tak sahurlah mereka. Pagi mengajar disekolah, balek sekolah menguruskan rumah tangga dan menguruskan 'Tupperware' nya. Ini routine harian isteriku.

Tapi pada bulan ini nampaknya ada kerja tambahan yang dilakukannya. Setiap hari. Pergi shopping dengan Dilla (Manja). Ada kalanya sehari sampai 3 – 4 kali keluar ke Bandar dan ada sahaja barang baru yang dibelinya. Tak cukup itu, saya juga dibekalkan dengan senarai barangan untuk dibeli.

Disebelah petang pula beliau sebuk memasak dan menyediakan anika jenis juadah untuk berbuka puasa. Setiap hari menu berubah. Minuman kegemarannya tak pernah tinggal iaitu ‘Cocktail’ atau air tebu. ‘Dilla nak makan apa petang ni? Tanya beliau pada Dilla. Setiap apa yang disebut oleh anak itu akan ditunaikan. ‘Nanti di sana makanan ni tak ada…’
Pada 22 Ramadhan kami sekeluarga kecuali Abang Auh menyambut Hari Raya dengan berbuka puasa dengan juadah Hari Raya. Tapi Raya ini bukan kerana nampak anak bulan atau mengikut kiraan Falaq tetapi sekadar untuk Dilla yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan & Sergeri di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 24 Ramadhan ini. Ada lemang, rendang, sate, nasi himpit, lontong, kari ayam dan sebagainya. Malamnya kami sembahyang Tarawikh, Sembahyang Sunat Hajat dan ber Tadarus sekeluarga. Morey - kami mulakan dengan doa selamat serta memotong kek Hari Lahir Dilla dan Ijah. Lepas ini tak tahulah bila lagi kami akan dapat makan bersama seperti ini.

Ini adalah diantara pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya. tetapi pada kali ini pengorbanan ini bercampur dengan persediaan rapi untuk pemergian si anak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Ibu sanggup berbuat apa sahaja untuk anak-anak…

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, Tuan Hj.
    Hebat sungguh kasih ibu, kasih ayah pasti lebih hebat, cite la sikit. Sebagai pedoman saya

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin
    buat Moderator Hj. Arshad dan pembaca blog ini

    Yang Ikhlas
    Mat Amin

    BalasPadam
  3. ibu adalah segala-galanya..hmm..bg sy keluarga tuan haji adalh keluarga bahagian&keluarga contoh kpd semua..selamat menyambut hari raya untuk Tuan Haji sekeluarga
    :)

    BalasPadam